Cerita tentang masyarakat Melayu Pulau Pinang telah sekian lama terpinggir dan lenyap daripada ingatan umum. Justeru, pengalaman dan perihal kehidupan 'Orang Tanjong' serta kawasan persekitaran sama ada di pulau atau seberang perlu diceritakan dan diterbitkan sebagai khazanah ilmu generasi masa hadapan. Dengan itu, buku ini memuatkan naratif masyarakat Melayu Pulau Pinang di bawah projek Syarahan CenPRIS-Dato’ Jenaton yang dimulakan pada bulan November 2016. Kisah-kisah yang telah mengukir sejarah dan membentuk masyarakat ini disampaikan oleh individu jemputan sebagai sumber sejarah dan penceramah dari pelbagai latar belakang dan bidang untuk bercerita, mentafsir, dan menggalakkan perbincangan sejarah dan warisan Melayu serta pertembungan Melayu-Islam dengan budaya dan etnisiti lain di dalam dan luar rantau kepulauan Melayu. Buku ini antara lain memuatkan kisah dan kehidupan di Tanjong, Air Itam, Batu Uban, Bagan dan Balik Pulau serta kepentingan salasilah dan keturunan, seperti keluarga keturunan dari kesultanan Brunei yang bermastautin di Pulau Pinang.
Basic Information of Product
Product Status
New
Product No.
69382600
Product Weight(KG)
0.3 kg
Product Dimension (WxLxH)
18cm x 6cm x 2cm
Language
Malay
Country of Origin
N/A
Shipping Method
Courier Service
Warranty Type
No Warranty
Warranty & Return Policy
WARRANTY: You may return most new, unopened items sold and fulfilled by Penerbit USM within 15 days of delivery for a full new books.
After Sale Service
Key Product Features
Batu Uban, Tanjong dan Bagan
Pengkisahan Lisan
Cerita tentang masyarakat Melayu Pulau Pinang telah sekian lama terpinggir dan lenyap daripada ingatan umum. Justeru, pengalaman dan perihal kehidupan 'Orang Tanjong' serta kawasan persekitaran sama ada di pulau atau seberang perlu diceritakan dan diterbitkan sebagai khazanah ilmu generasi masa hadapan. Dengan itu, buku ini memuatkan naratif masyarakat Melayu Pulau Pinang di bawah projek Syarahan CenPRIS-Dato’ Jenaton yang dimulakan pada bulan November 2016. Kisah-kisah yang telah mengukir sejarah dan membentuk masyarakat ini disampaikan oleh individu jemputan sebagai sumber sejarah dan penceramah dari pelbagai latar belakang dan bidang untuk bercerita, mentafsir, dan menggalakkan perbincangan sejarah dan warisan Melayu serta pertembungan Melayu-Islam dengan budaya dan etnisiti lain di dalam dan luar rantau kepulauan Melayu. Buku ini antara lain memuatkan kisah dan kehidupan di Tanjong, Air Itam, Batu Uban, Bagan dan Balik Pulau serta kepentingan salasilah dan keturunan, seperti keluarga keturunan dari kesultanan Brunei yang bermastautin di Pulau Pinang.View Product Details