Sejak kurun ke-2 Masihi, telah mula muncul kota-kota awal di sekitar pesisir Semenanjung Tanah Melayu. Hampir kesemua kota ini berfungsi sebagai pusat pelabuhan yang diapit oleh dua kuasa besar iaitu China dan India. Oleh sebab lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal yang amat strategik, kota-kota ini telah menjadi pusat persinggahan serta pusat pengumpulan dan pengedaran komoditi asing, terutamanya oleh pedagang-pedagang dari China. Kerajaan-kerajaan ini antaranya termasuklah kerajaan Tan-Tan, Pan-Pan, Ch’ih-Tu, Fo-Lo-An, Langkasuka, Kedah Tua dan Lo-Yueh. Sumber bertulis yang memberi gambaran tentang kerajaan-kerajaan ini kebanyakannya adalah daripada sumber China. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa telah wujud perhubungan yang rapat dan berkesinambungan antara China dengan Dunia Melayu dalam satu jangka masa yang panjang. Buku Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi ini menggarap beberapa isu penting tentanghubungan antara China dengan kerajaan-kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu daripada aspek politik dan sosiobudaya. Perkara yang diberi perhatian termasuklah huraian daripada aspek sumber China, persepsi orang China tentang kerajaan-kerajaan Melayu, hubungan pemikiran awal, bentuk hubungan yang wujud serta kesan perubahan dasar politik China kepada perkembangan kerajaan-kerajaan Dunia Melayu.
Basic Information of Product
Product Status
New
Product No.
69435704
Product Weight(KG)
0.3 kg
Product Dimension (WxLxH)
44cm x 32cm x 10cm
Country of Origin
N/A
Shipping Method
Courier Service
Warranty Type
Local Supplier / Seller Warranty
Warranty Period
14 Days
Warranty & Return Policy
WARRANTY: You may return most new, unopened items sold and fulfilled by Penerbit USM within 15 days of delivery for a full new books.
After Sale Service
Key Product Features
kota-kota awal
perubahan dasar politik China
Sejak kurun ke-2 Masihi, telah mula muncul kota-kota awal di sekitar pesisir Semenanjung Tanah Melayu. Hampir kesemua kota ini berfungsi sebagai pusat pelabuhan yang diapit oleh dua kuasa besar iaitu China dan India. Oleh sebab lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal yang amat strategik, kota-kota ini telah menjadi pusat persinggahan serta pusat pengumpulan dan pengedaran komoditi asing, terutamanya oleh pedagang-pedagang dari China. Kerajaan-kerajaan ini antaranya termasuklah kerajaan Tan-Tan, Pan-Pan, Ch’ih-Tu, Fo-Lo-An, Langkasuka, Kedah Tua dan Lo-Yueh. Sumber bertulis yang memberi gambaran tentang kerajaan-kerajaan ini kebanyakannya adalah daripada sumber China. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa telah wujud perhubungan yang rapat dan berkesinambungan antara China dengan Dunia Melayu dalam satu jangka masa yang panjang. Buku Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi ini menggarap beberapa isu penting tentanghubungan antara China dengan kerajaan-kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu daripada aspek politik dan sosiobudaya. Perkara yang diberi perhatian termasuklah huraian daripada aspek sumber China, persepsi orang China tentang kerajaan-kerajaan Melayu, hubungan pemikiran awal, bentuk hubungan yang wujud serta kesan perubahan dasar politik China kepada perkembangan kerajaan-kerajaan Dunia Melayu.View Product Details