ANTARTIKA benua yang terpencil, paling tandus, paling sejuk dan tidak berpenghuni. Ia merupakan kunci kepada kefahaman kita tentang bagaimana dunia ini berfungsi. Bagi pengembara terdahulu, Antartika umpama medan perjuangan hidup. Bagi para saintis, ia kekal sebagai tempat mencabar minda dan intelektual manakala bagi pelancong Antartika merupakan sebuah benua yang menyimpan seribu satu rahsia keindahan alam. Pengalaman berpijak di bumi Antartika merupakan sesuatu yang indah, umpama mimpi jadi nyata. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa suatu hari nanti, segala mimpi akan menjadi realiti. Kesempatan yang diperoleh ini diguna sebaik mungkin dengan menjalankan beberapa kajian mudah dan pemerhatian di samping berbincang dengan pihak-pihak tertentu untuk mengadakan projek penyelidikan di Antartika dalam bidang Biologi.
Sehubungan itu, buku ini ditulis berdasarkan pengalaman yang dilalui penulis sepanjang berada di Antartika. Buku ini memuatkan 14 bab yang menceritakan pelbagai peristiwa menarik ketika di Antartika termasuk pertemuan dengan saintis-saintis ternama dari Jerman, Australia, New Zealand dan Argentina; pengalaman di stesen Esparanza; peluang menaiki kapal Almirante Irizar; tinjauan di gunung berapi Decepcion Island dan sebagainya. Dengan bahasa yang mudah dan terma saintifik yang minor, buku ini cuba mengajak pembaca untuk bersama-sama menghayati dan menghargai keindahan Antartika.
Basic Information of Product
Product Status
New
Product No.
69443640
Product Weight(KG)
0.3 kg
Product Dimension (WxLxH)
44cm x 32cm x 10cm
Country of Origin
N/A
Shipping Method
Courier Service
Warranty Type
Local Supplier / Seller Warranty
Warranty Period
14 Days
Warranty & Return Policy
WARRANTY: You may return most new, unopened items sold and fulfilled by Penerbit USM within 15 days of delivery for a full new books.
After Sale Service
Key Product Features
Antartika umpama medan perjuangan hidup
seribu satu rahsia keindahan alam
ANTARTIKA benua yang terpencil, paling tandus, paling sejuk dan tidak berpenghuni. Ia merupakan kunci kepada kefahaman kita tentang bagaimana dunia ini berfungsi. Bagi pengembara terdahulu, Antartika umpama medan perjuangan hidup. Bagi para saintis, ia kekal sebagai tempat mencabar minda dan intelektual manakala bagi pelancong Antartika merupakan sebuah benua yang menyimpan seribu satu rahsia keindahan alam. Pengalaman berpijak di bumi Antartika merupakan sesuatu yang indah, umpama mimpi jadi nyata. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa suatu hari nanti, segala mimpi akan menjadi realiti. Kesempatan yang diperoleh ini diguna sebaik mungkin dengan menjalankan beberapa kajian mudah dan pemerhatian di samping berbincang dengan pihak-pihak tertentu untuk mengadakan projek penyelidikan di Antartika dalam bidang Biologi.
Sehubungan itu, buku ini ditulis berdasarkan pengalaman yang dilalui penulis sepanjang berada di Antartika. Buku ini memuatkan 14 bab yang menceritakan pelbagai peristiwa menarik ketika di Antartika termasuk pertemuan dengan saintis-saintis ternama dari Jerman, Australia, New Zealand dan Argentina; pengalaman di stesen Esparanza; peluang menaiki kapal Almirante Irizar; tinjauan di gunung berapi Decepcion Island dan sebagainya. Dengan bahasa yang mudah dan terma saintifik yang minor, buku ini cuba mengajak pembaca untuk bersama-sama menghayati dan menghargai keindahan Antartika.View Product Details