Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari hari ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju. Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai. Buku ini membincangkan pencemaran bunyi, sumber, sifat-sifat, analisis, pengukuran dan kawalan pencemaran serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia menggabungkan kedua-dua bidang pencemaran bunyi, iaitu aspek pencemaran kepada alam sekitar dan aspek bunyi dalam persepsi persekitaran kerja. Dalam membincangkan kedua-dua aspek, teori bunyi, sifat-sifat bunyi yang utama, kesan bunyi kepada alam sekitar dan pekerja, aspek perundangan yang berkaitan, peralatan pengukuran bunyi, dan kawalan pencemaran bunyi diperjelaskan. Buku tentang pencemaran bunyi di Malaysia amat terhad. Oleh yang demikian, buku ini amat berguna sebagai panduan yang padat, ringkas dan mudah difahami untuk kegunaan pelajar, pekerja, saintis, jurutera dan mereka yang cintakan alam sekitar.
Basic Information of Product
Product Status
New
Product No.
69445482
Product Weight(KG)
0.3 kg
Product Dimension (WxLxH)
44cm x 32cm x 10cm
Country of Origin
N/A
Shipping Method
Courier Service
Warranty Type
Local Supplier / Seller Warranty
Warranty Period
14 Days
Warranty & Return Policy
WARRANTY: You may return most new, unopened items sold and fulfilled by Penerbit USM within 15 days of delivery for a full new books.
After Sale Service
Key Product Features
risiko kerosakan pendengaran
kesan bunyi kepada alam sekitar
Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari hari ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju. Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai. Buku ini membincangkan pencemaran bunyi, sumber, sifat-sifat, analisis, pengukuran dan kawalan pencemaran serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia menggabungkan kedua-dua bidang pencemaran bunyi, iaitu aspek pencemaran kepada alam sekitar dan aspek bunyi dalam persepsi persekitaran kerja. Dalam membincangkan kedua-dua aspek, teori bunyi, sifat-sifat bunyi yang utama, kesan bunyi kepada alam sekitar dan pekerja, aspek perundangan yang berkaitan, peralatan pengukuran bunyi, dan kawalan pencemaran bunyi diperjelaskan. Buku tentang pencemaran bunyi di Malaysia amat terhad. Oleh yang demikian, buku ini amat berguna sebagai panduan yang padat, ringkas dan mudah difahami untuk kegunaan pelajar, pekerja, saintis, jurutera dan mereka yang cintakan alam sekitar.View Product Details