Key Product Features
- insan istimewa
- Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)
Kanak-kanak autistik adalah insan istimewa yang sering disalah erti sebagai individu yang terlalu manja, pelik, degil atau agresif. Disebabkan tanggapan negatif tersebut, ramai kanak-kanak autistik dipulaukan di sekolah dan tidak mendapat rawatan sebaiknya di rumah.
Sebenarnya, adakah ibu bapa dan guru dapat melakukan sesuatu untuk membantu kanak-kanak autistik? Bertitik-tolak daripada pengalaman penulis semasa mengajar dan melakukan intervensi untuk kanak-kanak autistik di sekolah dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), buku ini ditulis sebagai panduan untuk ibu bapa, guru dan individu yang terlibat dalam penjagaan kanak-kanak autistik.
Mengapakah kanak-kanak autistik kadang-kadang bertindak agresif?
Kanak-kanak autistik tidak dapat merasai kesakitan. Benarkah begitu?
Apakah aktiviti yang sesuai dengan kanak-kanak autistik?
Semuanya terjawab dalam buku ini.
View Product Details