Sebuah festschrift juga diterjemahkan sebagai celebratory writing. Lazimnya istilah ini didefinisikan sebagai kompilasi yang bersifat memori dipersembahkan dalam bentuk koleksi esei, biografi, bibliografi, bahan saintifik atau sumbangan-sumbangan lain. Festschrift juga ialah koleksi penulisan kenangan yang ditulis oleh sahabat baik, bekas pelajar dan rakan sekerja untuk mengenang dan meraikan seseorang, institusi dan masyarakat. Buat pertama kalinya Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM mengambil inisiatif untuk mengabadikan sebuah festschrift untuk Sasterawan Negara Profesor Emeritus Shahnon Ahmad, yang telah bersara dari USM. Inilah hadiah yang paling manis diabadikan kepada beliau – seorang tokoh tersohor bukan saja di rantau Nusantara tetapi juga di sebahagian besar Asia dan Eropah. Buku ini ialah himpunan tulisan berbentuk esei ilmiah yang dihasilkan oleh kenalan Shahnon, bekas anak murid Shahnon, rakan sekerja Shahnon daripada kalangan para sarjana dan ahli akademik. Tulisan sejumlah 12 bab mencakupi pelbagai perspektif yang memfokuskan kepada memori indah sepanjang mengenali Shahnon Ahmad sama ada Shahnon sebagai seorang rakan, sahabat, ketua jabatan, penyelia mahupun sebagai tenaga pengajar. Hasil tulisan mereka telah membongkar rahsia kehidupan Shahnon yang diperincikan dalam karya-karyanya sejak tahun 1960-an hinggalah di alaf baru ini. Inilah penghargaan teristimewa untuk seorang tokoh yang pernah berbakti kepada USM dan masyarakat seluruhnya.
Basic Information of Product
Product Status
New
Product No.
69444191
Product Weight(KG)
0.4 kg
Product Dimension (WxLxH)
44cm x 32cm x 10cm
Country of Origin
N/A
Shipping Method
Courier Service
Warranty Type
Local Supplier / Seller Warranty
Warranty Period
14 Days
Warranty & Return Policy
WARRANTY: You may return most new, unopened items sold and fulfilled by Penerbit USM within 15 days of delivery for a full new books.
After Sale Service
Key Product Features
koleksi esei
Sasterawan Negara Profesor Emeritus Shahnon Ahmad
Sebuah festschrift juga diterjemahkan sebagai celebratory writing. Lazimnya istilah ini didefinisikan sebagai kompilasi yang bersifat memori dipersembahkan dalam bentuk koleksi esei, biografi, bibliografi, bahan saintifik atau sumbangan-sumbangan lain. Festschrift juga ialah koleksi penulisan kenangan yang ditulis oleh sahabat baik, bekas pelajar dan rakan sekerja untuk mengenang dan meraikan seseorang, institusi dan masyarakat. Buat pertama kalinya Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM mengambil inisiatif untuk mengabadikan sebuah festschrift untuk Sasterawan Negara Profesor Emeritus Shahnon Ahmad, yang telah bersara dari USM. Inilah hadiah yang paling manis diabadikan kepada beliau – seorang tokoh tersohor bukan saja di rantau Nusantara tetapi juga di sebahagian besar Asia dan Eropah. Buku ini ialah himpunan tulisan berbentuk esei ilmiah yang dihasilkan oleh kenalan Shahnon, bekas anak murid Shahnon, rakan sekerja Shahnon daripada kalangan para sarjana dan ahli akademik. Tulisan sejumlah 12 bab mencakupi pelbagai perspektif yang memfokuskan kepada memori indah sepanjang mengenali Shahnon Ahmad sama ada Shahnon sebagai seorang rakan, sahabat, ketua jabatan, penyelia mahupun sebagai tenaga pengajar. Hasil tulisan mereka telah membongkar rahsia kehidupan Shahnon yang diperincikan dalam karya-karyanya sejak tahun 1960-an hinggalah di alaf baru ini. Inilah penghargaan teristimewa untuk seorang tokoh yang pernah berbakti kepada USM dan masyarakat seluruhnya.View Product Details