Sangeetha sebuah novel hasil karya Allahyarham Azizi Hj. Abdullah telah dihasilkan pada tahun 2005. Novel ini berjaya mendapatkan liputan hangat disebabkan kelainan isu yang dipaparkan oleh pengarangnya. Sangeetha, sebuah karya yang menggarap berbagai-bagai persoalan kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kesohoran novel ini bukan saja telah mencatatkan satu kontroversi dalam dunia sastera tetapi juga menjadi sandaran utama yang membolehkan novel ini dinobatkan untuk memenangi anugerah berprestij di rantau Nusantara, MASTERA pada tahun 2008. Sangeetha menjadi tatapan masyarakat dengan isu percintaan antara warga emas, lebih menarik percintaan itu berlaku secara senyap dan tersirat yang mencantumkan dua rasa dalam kancah budaya dan agama. Sangeetha atau Geetha yang beragama Hindu bergelar janda kaya menyimpan rasa kasih terhadap Derus, iaitu pembantu Viralal, suami Sangeetha; juga mantan seorang posmen yang belum pernah berkahwin.
Berlatarbelakangkan senario sekeliling yang semuanya sunyi, muram, sayu, kelam, usang, tua dan lama, itulah suasana yang menghidupkan jalan cerita novel ini. Namun di sebalik suasana kepikunan itu, berbagai-bagai persoalan hidup telah berjaya dirungkaikan oleh 12 pemakalah yang merenung, mengkaji, meneliti, menganalisis dan merincikan percintaan luar biasa antara dua insan pikun ini. Sudut pandangan setiap pemakalah berjaya mengungkapkan berbagai-bagai dimensi analisis dan kritikan yang membedah karya ini dari sudut agama dan kepercayaan, amalan dan budaya, personaliti, disiplin ilmu teori dan kritikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Hasil perbincangan inilah menjadi pencetus terhasilnya ‘Sangeetha’ dalam Kritikan.
Basic Information of Product
Product Status
New
Product No.
69444240
Product Weight(KG)
0.3 kg
Product Dimension (WxLxH)
44cm x 32cm x 10cm
Country of Origin
N/A
Shipping Method
Courier Service
Warranty Type
Local Supplier / Seller Warranty
Warranty Period
14 Days
Warranty & Return Policy
WARRANTY: You may return most new, unopened items sold and fulfilled by Penerbit USM within 15 days of delivery for a full new books.
After Sale Service
Key Product Features
persoalan kemanusiaan dan kemasyarakatan
isu percintaan antara warga emas
Sangeetha sebuah novel hasil karya Allahyarham Azizi Hj. Abdullah telah dihasilkan pada tahun 2005. Novel ini berjaya mendapatkan liputan hangat disebabkan kelainan isu yang dipaparkan oleh pengarangnya. Sangeetha, sebuah karya yang menggarap berbagai-bagai persoalan kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kesohoran novel ini bukan saja telah mencatatkan satu kontroversi dalam dunia sastera tetapi juga menjadi sandaran utama yang membolehkan novel ini dinobatkan untuk memenangi anugerah berprestij di rantau Nusantara, MASTERA pada tahun 2008. Sangeetha menjadi tatapan masyarakat dengan isu percintaan antara warga emas, lebih menarik percintaan itu berlaku secara senyap dan tersirat yang mencantumkan dua rasa dalam kancah budaya dan agama. Sangeetha atau Geetha yang beragama Hindu bergelar janda kaya menyimpan rasa kasih terhadap Derus, iaitu pembantu Viralal, suami Sangeetha; juga mantan seorang posmen yang belum pernah berkahwin.
Berlatarbelakangkan senario sekeliling yang semuanya sunyi, muram, sayu, kelam, usang, tua dan lama, itulah suasana yang menghidupkan jalan cerita novel ini. Namun di sebalik suasana kepikunan itu, berbagai-bagai persoalan hidup telah berjaya dirungkaikan oleh 12 pemakalah yang merenung, mengkaji, meneliti, menganalisis dan merincikan percintaan luar biasa antara dua insan pikun ini. Sudut pandangan setiap pemakalah berjaya mengungkapkan berbagai-bagai dimensi analisis dan kritikan yang membedah karya ini dari sudut agama dan kepercayaan, amalan dan budaya, personaliti, disiplin ilmu teori dan kritikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Hasil perbincangan inilah menjadi pencetus terhasilnya ‘Sangeetha’ dalam Kritikan.View Product Details