Key Product Features
- Struktur Konkrit
- Pemodelan FEM
Sebagai permulaan, hubung kait antara bidang kejuruteraan dan sains diketengahkan bagi memudahkan para pelajar untuk memperincikan jurusan-jurusan yang boleh diikuti melalui rajah Venn serta kaitannya dengan perjanjian akreditasi profesional Washington Accord dan Sydney Accord; selain tahap keperluan matematik dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Aspek konkrit seterusnya membincangkan tentang prestasi konkrit konvensional, konkrit bertetulang dan juga konkrit berasaskan polimer serta sifat-sifat mekanikal dan ketahanannya. Analisis numerikal (FEM) untuk konkrit bertetulang dan geoteknik turut diperincikan dalam buku ini dengan bantuan contoh kes bagi memudahkan pemahaman pembaca. Kaedah numerikal sebenarnya tidak terhad kepada analisis struktur sahaja tetapi juga digunakan dengan meluas dalam interpretasi atau analisis masalah geoteknik seperti kegagalan asas, anjakan cerucuk, resapan dan kestabilan cerun.
View Product Details