Key Product Features
- sistem perhubungan
- jenis isyarat pemodulat
Penjelasan tentang kaedah pemodulatan dalam buku ini dipersembahkan secara berperingkat bagi memudahkan kefahaman para pembaca. Huraian analisis matematik pemodulatan ini juga dinyatakan dengan mudah untuk membantu kefahaman dan minat pembaca. Beberapa contoh mudah turut diberi dan ditunjukkan penyelesaiannya untuk membantu pembaca. Lebih menarik lagi, para pembaca berpeluang menguji kefahaman diri sendiri terhadap topik berkaitan pada akhir setiap bab melalui latihan yang disertakan.
Buku ini ditujukan khusus kepada para pelajar di universiti dan jurutera pelatih. Kefahaman yang mantap tentang teori perhubungan adalah amat penting sebelum melangkah ke medan kerja sebenar. Selain itu, buku ini amat bermanfaat kepada para pembaca yang meminati bidang pengajian dan kemahiran elektronik. View Product Details